Wednesday, November 11, 2009

majlis persaraan sahabatku

antara menu utamanya laksa..sedap laksanya, tapi kalau kurang masin mungkin lebih sedap. kata sahar, sebab kedudukan hampir dengan pantai so masinle....
kebanyakan makanannya memang masin...naya lah kami hak gemuk-gemuk ni...
insyaallah lain kali gi tempat lain pulak kut, tapi kami ni ikut pengurus besar aje iaitu cik siti @#%$#$% (hebat orangnya)
Jangan mare cik siti #%$#$%

salam perpisahan buat sahabatku

semalam buat jamuan dekat damai laut resort, sempena majlis persaraan rakan lama saudara puzze dan kak arah.
tak jemput ramai pun, bukan formal tetapi kekawan rapat aje yang hadir.
selamat bersara sahabatku tapi ingatlah apabila kita telah melepasi tempoh waktu bekerja ini bermakna kita semakin mendekatkan diri kita ke alam barzah pula. oleh itu, dekatkan diri kita selalu dengan lindungan allah, rumah allah, rahmat allah. hanya rahmat allah sahaja yang mampu menjamin keselamatan kita di akhirat. amin.........

Tuesday, November 10, 2009

kenang silam

bila berbual dengan teman lama yang bertemu, kenangan masa lampau akan mengimbas kembali, lupa usia sudah tua, rambut hitam sudah jadi seperti kapas, gigi bagai pagar-pagar yang sudah reput tetiangnya...rasa macam zaman remaja dulu, nakal pulak tu.... kelas 2A, ketua kelas ng mooi cheng, pening dengan gelagat kami, mana taknya cikgu letak boon ti , dalam kelas tu . apalagi ramaile kaki buli memainkan peranan. aku salah seorang daripadanya....

musim durian datang lagi

aku seronok kutip durian

musim durian datang lagi




aku ni teringin sangat nak berdusun, tapi sampai sekarang, tak dapat juga. puas gak mencarinya, tapi belum ade rezeki kut. insyaallah kalau ade rezeki aku ingin ade dusun, biar sikit pun jadilah. dusun ini akan mengembalikan nostalgia aku waktu kecik-kecik dulu...pagi-pagi dah kutip buah durian, kemudian gi panjat manggis, cari bacang, panjat langsat...ohhh best nya kenangan zaman lalu.
sekarang aku tumpang dusun cip aje le

salam 2uall

musim haji datang lagi, kenangan di tanah suci telah mencuit kembali perasaan ku, tambahan pula kedua-dua abangku kini sedang menunaikan rukun islam yang kelima. teringat aku kepada pak aji lalu pasah yang baik orangnya. banyak membantu aku di tanah suci.
Tapi kini aku hanya di malaysia seperti semua rakan yang lain. bukan di tanah suci. cuma hati aku aje yang berada di sana
bila agaknya aku kan ke sana lagi.
mungkin tahun hadapan agaknya.