Monday, January 4, 2010

Kunjungan Aku Dan Rakan-Rakan ke Rumah Maklong





salam semua,
sebelum kami semua berkumpul di Kuala Trong resort kami singgah sebentar untuk menziarahi cikgu azman, bekas guru sdi. Kini telah berpindah ke sg batu, kami doakan moga ckgu azman akan sembuh seperti sediakala , ketahuilah jika kita mampu bersabar dengan ujian allah, dosa kita akan berguguran sebagai mana daun-daun kering yang ditiup angin. insyaallah.

Kenduri di Penghujung Cuti - Bekas Studentku




Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431M

Sempena kedatangan tahun baru hijrah 1431H , Surau Al-Ikhwan Desa Manjung Raya telah mengadakan majlis bacaan Yasin serta sedikit tazkirah. Majis bermula pada jam 6.30 petang dengan Bacaan Yassin dan diikuti bacaan doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib , majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah yang disampaikan A.F Ustaz Zaki (Pensyarah Unikl), kupasan yang amat menarik.
Selesai sahaja solat isyak apa lagi acara kemuncak pada malam tersebut iaitu jamuan makan..akule ketua makan ni. Kami membuat potluck...pergh..lega rasanya.



Taiping...









Tahniah Anakku Norhazwani


Kunjungan Sahabatku lamaku


Reunion 2A SDI 1977






Salam 2Uall,
Bertempat di Kuala Trong pada 2 Januari 2010, telah tercipta satu sejarah , segala nostalgia 33 tahun lalu telah kembali semula bermain dibenak abang aji dan rakan-rakan. Selama 33 tahun kami terpisah dengan haluan masing-masing, namun pada tarikh 2 januari 2010, atas usaha abang aji dan rakan-rakan kami dapat kembali bertemu.
Rasa gembira, sedih dan terharu bermain dilubuk hati masing-masing, kalau 33 tahun lalu kita masih dalam usia remaja, tapi kini telah berubah baik dari segi usia, rupa paras, bentuk badan dan segala-galanya..alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat juga bertemu walaupun tak semua yang dapat datang.
Almaklumlah rancangan ini agak tergesa-gesa..Terima kasih atas kesudian dan susah payah sahabat ku Dr. Norman Kamaruddin mengharungi perjalanan yang jauh..hampir 280 km semata-mata untuk bertemu kembali bersama rakan-rakan sekelas. Aku terharu dengan komitmenmu.
Terima kasih kepada Ali, sanggup memohon cuti semata-mata untuk menyertai pertemuan ini, Terima kasih Azhar Man kerana dapat mencari tempat pertemuan ini yang memang tenang dan selesa dengan suasana alam semulajadinya
Maklong, Saerah dan Basrah terima kasih kerana sudi mengorban masa dan tenaga kalian semua. Zali tanpamu tak akan ada lah gambar aku yang handsome tu, dan tak lupa Pakeanathan yang sentiasa dalam ingatan ku.
Kepada rakan-rakan lain yang tak dapat menghadirkan diri, maaf kupinta kerana lambat memaklumkan kepada kalian semua tentang program ini.
Aku gembira pertemuan ini, tak dapat nak kuungkap dengan kata-kata...selain dengan gambar-gambar ini..