Friday, February 19, 2010

Sukan di Ta'lim






Salam semua,
Baru-baru ini bertempat di stadium mini manjung berlangsung sukan tahunan ta'lim. anakku syazwan dan hazirah telah mewakili pasukan sekolah seri al-umah terlibat sama dalam acara 4X 100m jemputan. Syazwan yang dah lama tak berlari, termengah-mengah nak menamatkan 100 m tu, manakala hazirah yang rendah tu tak terjangkau kakinya untuk menyaingi kakak-kakak yang bersaing dengannya...hahahah itulah cabaran apabila bersukan, bukan mencari kemenangan tetapi mengajar erti menerima cabaran dan dugaan.

Friday, February 12, 2010

wajah-wajah guru sdi


















salam semua.
buat pengubat rindu kepada rakan-rakan yang tidak lagi menjadi warga sdi...ini adalah sebahagian kecil warga sdi, ramai lagi yang tak sempat nak di uploadkan.

Ceramah Perkembangan Staf -10.2.2010






salam semua.

pada 10.2.2010 bertempat di bilik mesyuarat smk dato' idris, pihak sekolah telah mengundang pensyarah ipg ipoh, untuk memberi ceramah berkaitan pengurusan bilik darjah. tak sangka la pulak rupanya tuan penceramah tu, en zulkifly b. mahayuddin tu sama batch dengan saya sewaktu di smk sitiawan dulu cuma berlainan kelas sahaja.
apa pun terima kasih kerana kelembutannya memberi ceramah seperti katanya, lihatlah anak didiknya ia akan mencerminkan gurunya...hahaha..rupa-rupanya beliau adalah pensyarah cikgu fauzi. huhuhu..
dalam kelembutan ada ketegasan..........

Ceramah Perkembangan Remaja





salam semua.

Hari jumaat 5.2.2010 bertempat di dewan sementara blok c, ustaz marul telah memberi ceramah berkaitan pembentukan remaja. moga ceramah ini dapat membuka minda pelajar tingkatan 5 ni, yang kadangkala hilang hala tuju kehidupan yang sebenarnya.
Kalau hidup tanpa pedoman ni umpama layang-layang yang terputus talinya. moga apa yang disampaikan oleh ustaz marul ni dapat menginsafkan diri semua pelajar. hebat penyampaian ustaz ni.

Pengerusi KGKT 2009/2010




salam semua.
Bukan mudah nak jadi pengerusi kgkt ni, teruk nak menjaga kebajikan ahli, buktinya lihat ajelah beliau bermandi peluh untuk menyelesaikan masalah anggotanya

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti;
sudah penat mengganti tayar,
jasamu itu kenang sampai mati.

xpdc memburu ikan paus.





salam semua.
minggu lepas 5.2.2010 aku dan rakan-rakan turun laut , lama dah tak pergi memancing. so nak memanaskan badan aje , kami telah pergi dengan sahabat kami ( Jan tekong pukat rimau) menjejak lubuk..
Dah lama tak memancing akhirnya aku telah tewas..hahahahha

Anak bongsuku? usia 3 bulan





salam semua.