Friday, February 26, 2010

Sukan Tahunan SDI kali ke 38






Pada 25.2.2010 telah berlangsung kejohanan sukan tahunan sdi kali ke 38. walaupun pada hari ini cuti peristiwa, tapi kehadiran murid-murid amat menggalakkan (sebab murid tak tahu cuti), cikgu-cikgu memangle kena datang..

Jamuan Tn Syed Zainal






Pada 23.2.2010, Tuan Syed telah mengadakan jamuan sempena hari-hari terakhir beliau berada di Venice of Perak.
Terima kasih tuan syed kerana telah banyak membantu dalam segala aktiviti surau ni , tak terkira betapa banyak sumbangan beliau, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baiknya. Moga kehidupan tuan syed akan sentiasa dipenuhi dengan rahmat Allah swt.

Saturday, February 20, 2010

Surau Al-Ikhwan





salam semua.


Gotong royong Surau Al-Ikhwan.











salam semua.

Hari sabtu (21/2/2010) ahli jemaah surau al-ikhwan telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan stor dan kawasan persekitaran. acara bermula jam 8.45 pagi, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan .
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa tuan-tuan yang amat berharga itu, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kerjasama yang tuan-tuan sumbangan itu. Adat melayu kalau kerja mesti ade makan, haha..itu antara aktiviti yang menjadi pilihanku.
Terima kasih kepada kedua-dua anakku yang sampai basah kuyup bemandi air bukannya peluh...sebab membantu membersihkan kerusi.

Friday, February 19, 2010

Makan kenduri lagi.






Salam Semua.

Kat malaysia ni, kalau cuti panjang sikit aje, mesti ade kenduri. kita pun ape lagi pergi ajelah makan kenduri..tengok ni, anak-anakku dah semakin montel sebab dok asyik makan aje.

Siapa kata tak boleh




salam semua,

Dalam kepayahan dan serba serbi yang baru serta mencabar ni, berjaya juga hamizah anak kecilku meniarap, walaupun agak lewat sikit..dah masuk empat bulan...
teruskan usaha untuk meneruskan cabaran yang baru pulak. rupanya payah juga nak meniarap ni..ingatkan mudah aje.

Majlis Perkahwinan Pelajarku




salam semua.

Sempena cuti tahun baru cina baru-baru ni, bekas pelajarku yang baru dua tahun telah melangsungkan perkahwinan, terima kasih kerana menjemput cikgu. maaf tak sempat nak ambil gambar persandingan, so yang dapat gambar emak pengantin aje, okey le tu..

maafle gambar kurang jelas, sebab jurukamera bertugas pada masa ni syazwan..dia main hantam aje lah...