Wednesday, December 16, 2009

Ceramah Sempena Awal Muharram



Sempena awal Muharram 1431, Surau Al Ikhwan Desa Manjung Raya akan mengadakan majlis sambutan tahun baru Hijrah ini. Oleh itu sukacita dijemput semua ahli kariyah surau ini sama-sama meraikan majlis sambutan ini.
Aturcara Majlis:

6.30 petang - Bacaan Yasin
- bacaan doa akhir tahun
- Solat Maghrib
- bacaan doa awal tahun
- ceramah agama : A.F Ustaz Zaki (Pensyarah di UniKL)
- solat Isyak
Jamuan Makan....

Monday, December 14, 2009

aktiviti surau al ikhwan desa manjung raya





salam 2uall,
Alhamdulillah, tanpa diduga surau al ikhwan telah menerima tetamu dr jauh, syukur kita semua. Dengan izin allah tetamu ini sudi menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib, walaupun kehadiran tak ramai, tetapi kami tetap gembira dengan kehadiran beliau ini. Tetamu ini ialah Ustaz Mazlan Aliman (dr Johor). Beliau telah mendedahkan tentang kebimbangan beliau terhadap masalah yang amat berat melanda umat islam iaitu anak luar nikah.
Apakah akan jadi kalau masalah ini kita tidak atasi bersama, fikir-fikirkanlah.........

Kepada semua sahabat dan ahli kariyah Surau Al IKhwan Desa Manjung Raya yang ada kelapangan masa, silalah kita sama-sama memakmurkan surau ini. Moga kehadiran tuan-tuan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t

Operasi Mencari Batang Bertam





Salam 2uall,
Cuti sekolah , apa lagi rasa macam tak ade kerja, so aku dan rakan ku pergi cari batang bertam nak buat jebak burung. Cantik tempat ni.

Kunjungan Cip Ke Pantai Remis





Salam 2uall,

Haa..ini sahabatku hak tuan punya dusun durian di bota tu, sudi singgah di rumah emak di Pantai Remis. Katanya baru balik kenduri di Cangkat Jering, patutlah pakai baju batik, macam yb tu..dengan baju batik juga kami mengait rambutan, kaget sebentar pokok rambutan dibuatnya.

Sunday, December 13, 2009

Kenduri Cikgu Liza



salam 2uall,

Kelakarlah gi kenduri rumah liza ni ,tak sanggup aku nak menceritakan dalam blog ni, biarlah liza aje yang tahu...hehehe





Eh..eh. hak mana satu pengantin ni...hahaha

Kenduri Cikgu Aini di Tg Ara




Salam 2uall.
Pada 12.12.09 cikgu Nurul Aini (cikgu yang mengajar zirah dan syazwan) telah melangsungkan perkahwinannya di Kg Tg Ara. Pada mulanya macam tak pegi sebab kat manjung pun aku ade tiga buah kenduri, tapi tak sampai hati la pulak, so aku pegi le jugak bawa anak-anak. Amin dan Arinah pun ikut sama nak meraikan majlis perkahwinan cikgu mereka.

Kenduri adik bongsu Shalizan




Pada 6.12.09, Shalizan mengadakan kenduri di arena square pengkalan baru, rasanya orang yang pertama buat kenduri kat situ.........ok juga tempatnya, lapang dan luas tempatnya.

kenduri Rumah Pak Harun





Salam 2u.
Pak harun ni jiran emak, jadi aku pergilah join gotong-royong, tapi aku lebih menyembang aje. Hak kahwin ini anak bongsu Pak Harun. Majlis ini diserikan dengan permainan muzik silat di bawah pimpinan pak mat, memang hebat orangnya.
Minta maafle pak Harun...aku banyak menyembang aje, malam nak kenduri tu kat rumah Pak Harun buat majlis marhaban, tengah syok-syok nak marhaban bekalan elektrik terputus...tapi dah hajat tuan rumah, dalam gelap pun mereka balun semacam juga. aku tak pandai marhaban ni, kalau meraban tu aku pandai le.
Anak menantu Pak harun ni hebat-hebat merekalah yang bekerja keras sepanjang majlis kenduri dan dibantu oleh jiran-jiran, suhaimi suami isteri dan anak-anak, abng borhan sekeluarga, paklang cha sekeluarga, cik teh, dan semua orang kampung le....lupa pulak, kak ku yang sulung pun turut membantu...tak kering tangan dibuatnya.

Kenduri Oh Kenduri









salam 2uall,
Sempena cuti sekolah ni, aktivitiku tak banyak pun, hujung minggu asyik pergi kenduri sahaja. Kenduri rumah usof di sg batu, kenduri sharizan di pengkalan baharu pada hari yang sama, penuh perut dibuatnya.
Hari berikutnya 6.12.09 di rumah jiran emak di pantai remis, rumah pak harun. Kenduri ni dibuat secara gotong royong, alhamdulillah masih ada semangat gotong-royong di kampungku ini. Pada masa kini jarang masak secara gotong-royong, kebanyakannya telah menempah catering aje. Tuan rumah maleh nak bersusah payan untuk bergotong-royong ni.
12.12.09 ada lagi kenduri, aku ingat kenduri rumah liza, pegi-pegi rupanya belum kenduri lagi so kami terus ke pantai remis kenduri di rumah saudara Saufi Haji Mansor, dan Rumah Cikgu Nuraini di Tanjung Ara.
13.12.09 pergi lagi kenduri rumah Cikgu Sarina di Dato' Seri Haji Kamaruddin, lepas tu terus ke Sitiawan iaitu rumah Liza..Haaa..hari ni baru la betul. Sori le Liza, saya malu nak munculkan diri, sebab semalam dah terpergi ke rumah cik puan liza..hehehe...ini semua salah cikgu ct eryani tu le. Dia bagi info yang salah..saya main bedal aje...apa pun terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi jamuan makan yang sedap-sedap..

Thursday, December 3, 2009

Pusat Sembelihan di Kirkis





Salam semua,
Di sini kita dapat melihat bagaimana mudahnya untuk menyembelih seekor kambing. Tak perlu dipegang beramai-ramai memadai dengan tukang sembelih sahaja yang memegangnya. Manakala, kambing-kambing lain berbaris menunggu giliran untuk di sembelih. Itulah antara keajaiban yang dapat kita lihat di pusat sembelihan ini. saksikan gambar ini, ia dapat menceritakan segala-galanya.

Kenangan Lalu di Airport Jedah - Pak Aziz

gambar untuk tatapan pak aziz dan anak-anak, maaflah pak aziz saya masukkan dalam blog ni. bagi glamer sikit. hehehe, saham pak aziz mesti meningkat...



Kenangan Lalu- sahabatku Pak Aziz dan Cik Semah (pasangan bahagia tu)

salam semua, gambar ini dirakamkan disekitar masjid nabawi. kami dalam perjalanan ke pasar kurma. apabila tengok gambar ni baru perasan bahawa pak aziz tak ikut sama...mane peginya eh, ...yang pasti cik semah tahu. ini adalah rakan sebilikku di madinah (Pak Notman , Rashid, Pak Samad) manakala hak muslimah tu rakan sebilik isteriku (Cik Munah, Cik Semah, Yati dan emak yati..lupa lak nama).
Pegi pasar kurma jalan kaki aje, saje nak jalan-jalan tapi waktu balik kena naik teksi sebab tangan dah sakit jinjit kurma...mana tahan beb.





Hak ni gambar pak samad dan pak aziz, mereka bersalaman bukan lepas gaduh saje aje posing kat depan pintu masjid nabawi. ok..pak aziz tunggu lagi gambar yang berikutnya.