Sunday, March 21, 2010

Ceramah Maulidur Rasul-Pengkalan Baru

Salam Semua.

Malam tadi , 20/3/2010 jam 10.00 malam berlangsung ceramah perdana sempena sambutan Maulid Nabi Muhammad saw. Penceramah diundang khas dari kuala selangor

Tuesday, March 16, 2010

Telatah Hamizah






salam semua,

Usia anak bongsu ku ketika berusia 5 bulan. Dah pandai meniarap, baru nak mula menjulur..

Memancing di Pulau Sembilan
















Salam semua.

Pada 13.3.2010, aku bersama suhaimi, boden, wahid, zulkifli, lat, dan hadi telah ke Pulau Sembilan dengan hajat hati nak menawan talang.
Dua tiga kali jugalah ke kedai pancing untuk membeli peralatan pancing, almaklumlah dah lama tak pegi memancing. hadi tempah batu ladung sebesar telur itik, suhaimi buat ladung guna skru tnb..semangat betul dengan trip memancing ni.
Tapi itulah rezeki namanya, kami dapat tekong yang hampeh...kecewa jugak dibuatnya..walau apapun best juga tidur dibuai ombak dan dibumbungi langit yang beribu bintang..
yang pasti kami akan ke sana lagi..untuk memburu dan tetap memburu....tunggu di sanaaaaa.
biasalah bila dah ikan tak mau menjamah umpan, apa lagi tidur ajelah, lepas tidur, tidur lagi. Pada waktu malamnya, cuaca kurang baik, kena jugak ribut, dan kami telah berlindung di pulau yang berdekatan. mujur semuanya selamat.
moga trip yang akan akan membuahkan hasil yang lumayan..cuba lihat kat atas tu semua muka penuh dengan kesedihan dan kekecewaan...itulah cabaran yang perlu diharungi oleh setiap pemancing, tapi kami tetap mendapat pengalaman yang berharga....

Wednesday, March 10, 2010

Teksi











Salam semua.

Kali ini nak berkongsi kepelbagaian teksi yang ada di negara lain, nampak kelakar tapi berkesan untuk menangani masalah pengakutan di tempat tersebut.
Kalaulah ade kat tempat kita, beranikah kita untuk menggunakan perkhidmatan mereka ini..