Sunday, February 28, 2010

Sukan Tahunan Seri Al-Ummah 2010
















Salam semua.

Hari ini, ahad 28/2/2010 telah berlangsung sukan tahunan seri al-ummah entah kali ke berapa tak pasti pulak. ketiga-tiga anakku terlibat dengan sukan ni. pada mulanya hari ni aku bercadang nak ke tg karang ade kenduri kahwin anak rakan guruku di sana.
Rupa-rupanya , aku tak ade rezeki nak berkunjung ke tg karang..so terpaksalah aku habiskan masa di padang bersama-sama dengan anak-anakku ni. sempat juga aku merakamkan gelagat anak-anakku bersukan..
Hahaha..macam-macam ade... Syazwan anakku yang tahun 6 ni, kalau bersukan memang bersemangat. Menjadi ketua rumah biru(Tulip), semua acara masuk tapi kurang mendapat bantuan daripada rakan sepasukan..kesian dia.
Hazirah, anakku tahun 4, begitu bersemangat tapi kurang kemahiran dalam melaksanakan aktiviti, asyik kalah aje.. apa nak buat..
Hariz anakku hak tahun satu ni ambik satu aje acara sahaja, tiup tepung dalam pinggan cari gula-gula...hebat gak hariz ni, sebab dia buat bersungguh-sungguh.
Walau apapun tahniah ku ucapkan kepada ketiga-tiga anak Syazwan, Hazirah, dan Hariz. Tahniah kerana mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi..

No comments:

Post a Comment