Friday, February 11, 2011
Peringkat-Peringkat Nafsu
1. Nafsu Ammarah-
Sangat mengajak ke arah kejahatan. tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Orang yang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat yang dilakukannya. malahan dia akan mengajak orang lain untuk turut sama melakukan kemungkaran ini.
Jika ada program kebaikan, dia akan Menentang. sering menjad batu api dan sering melaga-lagakan umat islam daripada bersatu. Jika tidak bertaubat, mereka akan dicampakan ke neraka...
2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencela..Ia sering menyesali akan dosa-dosa itu dan akan mencela dirinya sendiri. Namun ketika berbuat dosa dia terleka dan dibuai dengan nikmat dosa tanpa memikirkan akibatnya..namun setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalannya. dan berulang kembali dengan dosa apabila ada godaan dan hasutan.
Namun golongan ini mudah ditegur dan pada masa yang sama amat suka dengan majlis-majlis ilmu dan majlis agama. Hatinya mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah. Kedudukan nafsu lawwamah masih tidak selamat....
3. Nafsu Mulhamah
Sudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. ada bisikan kebaikan dalam diri untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik. Insan pada tahap ini sudah mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah.Berusaha melakukan kebaikan dan tidak mencari ruang atau peluang ke arah kejahatan. Cuma ada masanya terlanjur juga melakukan dosa akibat kelalaian. Mula menjauhi kawan atau suasana ke arah maksiat.
4. Nafsu Mutmainnah...
Sangat mengajak ke arah kejahatan. tahap nafsu yang paling jahat dan hina. Orang yang bernafsu ammarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia berasa seronok dengan maksiat yang dilakukannya. malahan dia akan mengajak orang lain untuk turut sama melakukan kemungkaran ini.
Jika ada program kebaikan, dia akan Menentang. sering menjad batu api dan sering melaga-lagakan umat islam daripada bersatu. Jika tidak bertaubat, mereka akan dicampakan ke neraka...
2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencela..Ia sering menyesali akan dosa-dosa itu dan akan mencela dirinya sendiri. Namun ketika berbuat dosa dia terleka dan dibuai dengan nikmat dosa tanpa memikirkan akibatnya..namun setelah selesai melakukannya barulah timbul penyesalannya. dan berulang kembali dengan dosa apabila ada godaan dan hasutan.
Namun golongan ini mudah ditegur dan pada masa yang sama amat suka dengan majlis-majlis ilmu dan majlis agama. Hatinya mudah cair dengan tazkirah dan tawsiyah. Kedudukan nafsu lawwamah masih tidak selamat....
3. Nafsu Mulhamah
Sudah mula mendapat ilham kebaikan dalam hatinya. ada bisikan kebaikan dalam diri untuk berusaha lebih gigih ke arah menjadi insan yang lebih baik. Insan pada tahap ini sudah mampu meninggalkan tahap nafsu lawwamah.Berusaha melakukan kebaikan dan tidak mencari ruang atau peluang ke arah kejahatan. Cuma ada masanya terlanjur juga melakukan dosa akibat kelalaian. Mula menjauhi kawan atau suasana ke arah maksiat.
4. Nafsu Mutmainnah...
Friday, May 28, 2010
Sedutan Khutbah Jumaat
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu,, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak akan dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak tidak dapat pula melepaskan ibu atau bapanya dari dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdaya oleh kehidupan dunia dan janganlah kamu diperdaya oleh bisikan syaitan yang menyebabkan kamu melanggar larangan Allah.
Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 65-66 yang bermaksud:
"Sesungguhnya kalian telah mengetahui adanya orang-orang yang melanggar larangan pada hari sabtu, maka kami perintahkan 'jadilah kalian kera-kera yang sangat hina. Maka kami jadikan kejadian itu sebagai peringatan bagi orang-orang pada masa itu, dan yang akan datang. dan kami jadikan sebagai nasihat orang-orang yang bertaqwa."
Ibnu Abasberkata" Allah telah mewajibkan kepada Bani Israil sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas kamu iaitu hari Jumaat tetapi mereka menyalahinya ke hari Sabtu. Mereka mengagungkan dan mengabaikan apa yang diperintahkan kepada mereka. Maka Allah menguji mereka dengan mengharamkan mereka menangkap ikan serta memakan pada hari Sabtu. Sedangkan apabila tiba hari Sabtu ikan datang berduyun-duyun ke tepi pantai, tetapi apabila hari Sabtu berlalu tidak ada walaupun seekor ikan. Demikianlah keadaannya sehingga mereka ingin benar kepada ikan itu, sehingga terdapat orang yang menangkap ikan pada hari sabtu dan mengikatnya. Kemudian ikan ini dilepaskan semula ke dalam air untuk diambilnya semula pada hari Ahad. Itulah yang dilakukannya setiap hari Sabtu hinggakan perbuatannya itu diketahui oleh orang lain.
Kemudian mereka turut sama melakukan perkara tersebut secara bersembunyi-sembunyi dan rahsia, tetapi lama kelamaan perkara itu dilakukan secara terang-terang hinggakan itu dijual di pasar-pasar. Para ulama mereka sering memperingatkan supaya menghentikan segera perbuatan tersebut dan bertaqwalah kepada Allah serta janganlah mempermain-mainkan larangan Allah tersebut.
Namun mereka berkata"Untuk apa kamu melarang orang-orang yang akan dibinasakan oleh Allah. Jawab orang yang melarang" kami ingin mendapat maaf dari tuhan kerana itu kami melarang perbuatan mungkar. Juga mungkin ada antara mereka yang suka mendengar peringatan kami ini". Tiba-tiba pada suatu hari, orang-orang yang melanggar larang itu tidak hadir di biara-biara mereka. Segeralah orang-orang mencari mereka dan didapati mereka telah berubah menjadi kera, termasuklah suami, isteri dan anak-anak mereka.
Sidang hadirin sekalian,
Allah swt telah merakamkan kisah ini supaya menjadi peringatan kepada manusia pada zaman itu dan pada zaman seterusnya serta kepada orang yang bertaqwa pada zaman sekarang. Hari ini kita melihat seolah-olah peristiwa yang pernah dirakamkan dalam al Quran telah berulang kembali di hadapan mata kita. Jika kepada orang-orang yahudi, diharamkan menangkap ikan pada hari Sabtu, manakala kepada umat Muhammad saw diharamkan terlibat dalam perjudian sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, korban untuk berhala dan mengundi dengan anak panah adalah perbuatan keji, termasuklah amalan syaitan. Oleh itu jauhilah supaya kamu berbahagia"
Dahulunya perjudian ini dilakukan secara rahsia-rahsia dan tersembunyi seperti yang dilakukan oleh orang yahudi pada peringkat awal mereka menangkap ikan pada hari Sabtu secara sembunyi-sembunyi. Namun akhirnya mereka bukan setakat menangkap ikan pada hari Sabtu malahan mereka menjualnya di pasar-pasar secara terbuka seperti yang dilakukan oleh masyarakat kita pada hari ni yang pada mulanya perjudian dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi kemudiannya telah diberikan lesen untuk beroperasi secara terbuka. Dan yang terbaru. satu lagi bentuk perjudian telah diberikan lesen kepada Berjaya Group untuk beroperasi iaitu judi bola sepak piala dunia.
Apabila para ulama menegur pemberian lesen judi ini, mereka menyatakan alasan kononnya mereka tidak mahu mereka berjudi dalam keadaan yang tidak boleh dikawal kerana kononnya walau apapun yang dibuat para kaki judi ini akan tetap berjudi juga. Oleh itu, pada anggapan mereka lebih baik diberikan lesen kepada perjudian tersebut...
Inilah yang pernah dikatakan oleh sebahagian yahudi yang tidak terlibat sama ada sebagai yahudi yang menangkap ikan ataupun yang melarangnya.
Akhirnya, orang-orang yang melanggar larangan itu telah diturunkan bala olae Allah Swt dengan ditukarkan rupa bentuk mereka dengan kera yang hina sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran seperti ayat yang dibacakan tadi.
Sidang jemaah sekalian,
Bekenaan kemungkaran yang berlaku apa sahaja kemungkaran termasuklah judi sekiranya dilakukan secara bersembunyi, tiada apa yang dapat dilakukan kerana tersembunyi.Tetapi apabila dilakukan secara terang-terangan, hendaklah kita mengikuti pesan nabi saw dalam sabdanya yang terkenal yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah diubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah diubahnya dengan lisan, sekiranya tidak juga mampu maka hendaklah diubah dengan hatinya. itulah selemah-lemah iman".
Marilah kita mencegah kemungkaran besar yang berlaku ini, sekurang-kurangnya dalam iman yang paling lemah iaitu dengan tidak bersama mereka lagi pada masa-masa akan datang.....
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru Buat Semua Guru




Guru oh Guru (Usman Awang)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita lampu dan segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu
Dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembutnya sabar mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin beerti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada hari akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "Cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Subscribe to:
Comments (Atom)




