Thursday, September 8, 2011

Ustaz Abu Bakar al-Baqir


Abu Bakar al-Baqir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalapan pengajian pondok di Padang Rengas diganti oleh kecemerlangan Gunung Semanggol dengan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Maahad Al-Ehya Al Shariff .

Isi kandungan

 [sorokkan]

[sunting]Kelahiran

Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung SemanggolBagan SeraiPerak tidak jauh dari Padang Rengas.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari KendalJawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap di Gunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di KlangSelangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.

[sunting]Pendidikan

Beliau belajar di Sekolah Melayu selama lima tahun. Di samping itu beliau juga dididik membaca al-Quran dan ilmu-ilmu agama lainnya yang sesuai diterima oleh anak-anak sebayanya.
Setelah menamatkan Sekolah Melayu, beliau belajar di sebuah pondok di Gunung Semanggol, iaitu Madrasah ar-Rahmaniah. Pondok itu dinamakan demikian adalah sempena nama pengasasnya,Haji Abdul Rahman bin Mahmud, seorang alim yang pernah belajar di al-Azhar, Mesir dan Masjid al-Haram di Mekah. Syeikh Abu Bakar al-Baqir belajar di pondok itu selama enam tahun yakni pada tahun 1919-1924. Selepas itu beliau pindah ke Madrasah Dairatul-Maarif al-Wataniah di Kepala BatasSeberang Perai Utara. Di Kepala Batas, beliau diajar oleh guru yang berkebolehan termasuklah Tok Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Haji Abdullah Pak Him), seorang tokoh ulama yang terkenal di sebelah utara Semenanjung. Beliau belajar di situ selama enam tahun.
Ketika gurunya, Haji Abdullah bin Ibrahim berpindah mengajar ke Madrasah IdrisiahKuala Kangsar, Syeikh Abu Bakar juga berpindah ke sana, berada di sana selama tiga tahun (1931-1933), separuh masa pertama sebagai pelajar, dan pada separuh masa yang kedua sebagai guru pelatih dengan diberi gaji RM30.00 sebulan.

[sunting]Ma'ahad al-Ehya al-Syarif

Beliau kembali ke Gunung Semanggol atas panggilan bekas gurunya dan bakal mertuanya, Haji Abd. Rahman, untuk sama-sama berusaha menubuhkan sebuah sekolah Islam di Gunung Semanggolsebagai ganti pondok ar-Rahmaniah.
Berkat usaha gigih Syeikh Abu Bakar al-Baqir dan dengan sokongan kuat Haji Abd. Rahman dan tokoh-tokoh muslim tempatan, maka pada tahun 1934 berdirilah sebuah sekolah agama yang mempunyai manhaj baru, yang diberi nama Maahad Al-Ehya Al Shariff, menggantikan pondok yang sedia ada yang telah dibangunkan dan diuruskan oleh Haji Abd. Rahman.

[sunting]Keluarga

Dalam tahun 1935, beliau dinikahkan dengan Ustazah Fatimah Abd. Rahman. Beliau terus menyertai isterinya ini, dengan mendapat kurnia empat orang anak, seorang lelaki dan tiga orang perempuan, sampailah beliau menemui ajalnya pada 13 Julai 1974. Putera-puteri beliau itu ialah Sahar Mursyid Abu Bakar, Miskiah Fadilah Abu Bakar, Naqibah Nu'ma Abu Bakar, dan Aniqah Rusda Abu Bakar.

[sunting]Pembaharuan

Dari segi pembaharuan Islam beliau menunjukkan wajah yang mirip dengan Syeikh Juned Tola. Yang beliau bangunkan ialah pendidikan, politik, ekonomi, dan kerja kebajikan. Tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab beliau tidak begitu mengambil perhatian. Sepertimana Syeikh Juned Tola , meskipun beliau menganut fahaman pembaharuan dalam bidang akidah dan syariah, namun beliau untuk gerakan "islah"nya tidak berkonfrontasi dengan pihak Syafiiyah. Beliau menekankan pembaharuan itu pada pendidikan.
Pembangunan pendidikan rasmi telah beliau penuhi dengan ditubuhkannya Ma'ahad al-Ihya al-Syarif. Dalam hal ini beliau mendapat kerjasama daripada kaum muslimin tempatan, khasnya daripadaHaji Abd. Rahman MahmudTuan Imam Lebai Sirat, dan Haji Abd. Manaf, Penghulu Kampung Gunung Semanggol. Selain itu, beliau juga mengajar di kelas pengajian yang diadakan di masjid dan surau di sekitar Gunung Semanggol.

[sunting]Perjuangan politik

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka telah dibentuk suatu badan yang bernama Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA). Sebagai Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran MATA beliau telah memainkan peranan penting dalam merangka dasar pendidikan yang bertaraf nasional.
Dalam suatu persidangan yang diadakan di Ma'ahad al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang pada 15 November 1947 telah dibentuk pula Lembaga Pendidikan Rakyat, atau singkatannya LEPIR, yang pengelolaannya diserahkan kepada Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi. Antara matlamat yang hendak diperjuangkan oleh LEPIR ialah menyamakan kurikulum pendidikan sekolah agama rakyat dalam Malaya, dan untuk mencapai ini sebuah Pusat Pentadbiran Sekolah Rakyat telah dibentuk dan dikelolakan oleh Haji Zubir Ahmad, yang kemudiannya digantikan oleh Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi.
Perjuangan beliau juga meliputi bidang politik. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu seperti Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi(meninggal 25 September 1969).
Bersama-sama dengan kelahiran MATA dalam suatu persidangan di bangunan al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 2 000 orang para alim ulama dan cerdik-pandai orang Melayu serta utusan dari Singapura dan Indonesia pada 22-24 Mac 1947 lahir pula Pusat Perekonomian Melayu seMalaya, atau singkatannya PEPERMAS.
Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di JohorPahangNegeri SembilanKelantanTerengganuSelangorMelakaPerlisKedah, dan Pulau Pinang.
Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato' Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.
Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-BaqirUstaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.
Ekoran daripada penahanan ini HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Namun, semangat perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi Tanah Melayu diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (PAS).
Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah meninggal dunia pada 13 Julai 1974. Namun, bekas tangannya masih tetap tinggal. Ma'ahad al-Ihya al-Syarif masih berdiri dengan kukuhnya. Dari segi kewangan meskipun sangat sederhana namun ia tidak mengecewakan. Ia mempunyai ladang-ladang seperti ladang getah dan kelapa sawit, serta bendang. Kebun getahnya ada lebih kurang 40 ekar, kebun kelapa sawitnya seluas 60 ekar dan sawah padi ada 12 ekar. Juga ia mempunyai kedai di Sri Manjong yang disewakan RM350.00 sebulan. Selain itu, sekolah ini juga mendapat bantuan daripadaMajlis Agama Negeri Perak. Dan masih ada sumber-sumber lain. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai salah satu pusat perjuangan umat Islam telah berhenti sejak kehilangan Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Tetapi sebagaimana Padang Rengas, Gunung Semanggol juga telah meletakkan beberapa baris batu-bata pada binaan Malaysia merdeka. Sedikit sebanyak ia telah berjaya merombak perasaan, pemikiran, dan mentaliti umat Islam terutama di Perak. Dari suatu bangsa yang jiwanya terjajah dan penuh perasaan rendah diri, diangkatnya menjadi suatu bangsa yang tahu harga diri dan berasa sanggup melakukan perubahan besar.
Kuasa Parti HAMIM sebagai salah satu tenaga pendesak adalah nyata. Ia mempercepat penjajah menyerahkan kuasanya kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimana semangat kemerdekaan itu dibangunkan kepada pelajarnya dikisahkan oleh tokoh pengasuh yang sekarang ini. Semangat kemerdekaan itu disalurkan juga melalui pelajaran. Guru-guru yang berasal dari Indonesia sangat menolong dalam membangunkan semangat merdeka itu. Setiap pagi dinyanyikan lagu Indonesia Raya (Lagu Kebangsaan Republik Indonesia). Juga tokoh-tokoh kebangsaan diminta berucap di sini, antaranya termasuklah Datuk Mohd Asri bin Haji Muda.
Syeikh Abu Bakar al-Baqir mengatakan bahawa kemerdekaan bagi Tanah Melayu adalah seperti buah yang sudah masak. Orang putih hanya menunggu kejatuhannya sahaja. Tetapi mereka tidak akan menyerahkannya kepada orang-orang agama. Oleh itu, perlu kita rebut supaya Malaya dapat dijadikan negara Islam.
Tentang fahaman fikahnya menurut Ustaz Shahar Mursyid Abu Bakar, Setiausaha Persatuan dan Ma'ahad al-Ihya al-Syarif, Syeikh Abu Bakar menolak beberapa perkara yang ditampalkan orang kepada mazhab Syafii seperti talkinfidyah sembahyang, dan sepertinya. Beliau ingin agar umat Islam itu kembali kepada al-Quran.

Petua Mengempiskan perut


Salam semua…
Bila dah raya aidil fitri ini, mesti ramai yang pulun makan habis – habiskan sampai tersandar kat dinding. Apa pun, saya nak berkongsi sedikit cara kempiskan perut buncitsupaya lebih flat sedikit. Sebenarnya, lemak bahagian perut paling sukar untuk dikikis dengan jayanya tetapi dengan usaha, semua itu tidak mustahil.
Niat dan usaha merupakan kombinasi yang penting supaya perut kelihatan flat. Perut yang gendut disebabkan oleh lemak yang menutupinya jadi di sini, langkah pertama semestinya kena menjaga pola makanan. Diet ini bukanlah paling bagus untuk kecilkan perut tetapi membantu perut supaya tidak lagi buncit.hehe! Cara mantap untuk kempiskan perut adalah dengan membakar lemak secara teratur.
Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.

Wednesday, July 13, 2011

Dulu aku juga begitu

Syukur , alhamdulillah kerana Allah masih ,membenarkan aku berada di atas muka buminya..kalau disingkap kisah silam terasa benar kejahilan aku tentang agama dan soal kehidupan. ...tapi aku tetap merasakan diriku hebat dan bijak berhujah dengan menggunakan akal fikiran yang dangkal ini...
     aku rasa cukup hebat apabila aku kononnya berjaya mematahkan hujah ustaz zulkifli abu dengan fakta dangkal dan mengikut logik sahaja..aku rasa aku dah cukup hebat ketika itu...

Friday, February 25, 2011

Sedutan Khutbah Jumaat Masjid Al-Ikhwan, DMR....

Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud
"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang GANJIL itu". (Hadis Muslim)
      Semasa islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairanan itu cukup untuk islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda yang gila dengan seribu satu kecaman yang terakam dalam lembaran sirah..
     Islam datang menongkah arus....
 Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia, Biarpun  perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, namun manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan.

ZINA yang haram sudah menjadi kebiasaan, pernikahan yang halal pula telah menjadi kejanggalan.

ARAK yang menukar manusia menjadi binatang sudah diterima sebagai normal, manakala makanan dan minuman yang halal dianggap pelik dan menyusahkan...

RIBA yang mencengkam dan menindas kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan untuk berkembang maju...

Mereka ganjil bukan bermakna mereka SALAH. Namun mereka mereka menjadi asing dan ganjil kerena mereka adalah MINORITI. Majoriti mahukan  maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.
Mereka inilah GHURABA.

Monday, February 14, 2011

Perjalanan Haji 2007

Wukuf di padang Arafah


Bersama sahabat lama di mudzalifah


Suasana yang sungguh nyaman di Arafah...


Bersama sahabatku..Zulkifly Tahir di Mudzalifah

Teman sebilik sewaktu di Madinah

keletihan menunggu bas yang tak kunjung tiba

Zulkifly Tahir dan Isteri di Mudzalifah

Perjalanan menuju ke jamratul Qubra

Suasana pagi di mudzalifah

Tembak curi............hehehe



Peserta tarik tali sedang bersiap sedia...

Pengetua Pulau pangkor sedang menyampaikan hadiah

Cikgu Nani..

Perkahwinan satu amanah....tahniah