atas permintaan ayah zain maka aku postkan gambar ni. insyallah , panjang umur boleh bertemu.
Monday, November 30, 2009
rambutan oh rambutan
salam semua .
Tahun ni buah rambutan lebat, semua pokok berbuah hinggakan pokok kat laman rumah pun berbuah. entahlah.. apakah ini salah satu tanda hampirnya kiamat. sebab ada riwayat yang menceritakan apabila semua tumbuhan subur, hasil buah-buahan bertambah rakyat hidup mewah. kemudian barulah diikuti musim kemarau yang panjang semua tumbuhan mati, rakyat menderita kelaparan.itu tandanya kiamat hampir tiba. apabila kiamat semakin hampir maka muncul dajjal......ish takut untuk dibayangkan.
Hampir hari-hari aku kerja kait rambutan, tapi bukan untuk dijual, hanya sedekah kat jiran-jiran dan kekawan aje...alhamdulillah tahun ni monyet tak pulak datang mengganggu buah rambutan. burung pun tak kacau, keluang pun tak datang, syukur kepada allah tak ade musuh tanaman mengganggu. agaknya ni berkat doa jiran-jiran dan rerakan semua...syukur sekali lagi.
tapi aku impikan sebidang tanah dusun macam sahabatku (cip). tak tahulah bila impianku ini akan tercapai. ya allah kau makbulkan permintaanku ini...AMIN
Sunday, November 29, 2009
Majlis Potong Jambul
siangnya , menyembelih lembu manakala malamnya buat kenduri akikah. Tahun ni akulah pulak yang paling awal sampai kampung iaitu sehari sebelum hari raya....tempat kedua jatuh kepada abang iparku..wahab dari shah alam, pukul tiga pagi baru sampai rumah...kemudian barulah diikuti kak bibah dan keluarga,lela dan keluarga, abng ngah sekelurga... tahun di kak ti dan keluarga tak balik kg, beraya di pekan pahan, agaknya beraya dengan pak jib kut.
kat sini masih ade lagi kumpulan marhaban, jadi sempena bercukur jambul ni, sekalilah dengan marhaban. tapi hak baca masih hak veteran aje...hak golongan muda belum mula lagi.. sebenarnya aku pun tak pandai marhaban ni, kalau meraban tu boleh le.
selamat hari raya qurban
tahun di beraya kat sg air tawar. buat kenduri akikah untuk anak bongsuku..norhamizah..(eh, bongsu ke?) jadi sempena raya qurban ni aku tumpang sekaki untuk buat akikah.. malamnya buat kenduri jemput orang-orang kampung marhaban di rumah abang iparku... pergh letih le juga.. tapi bukannya aku pun tetapi sedara-sedara dan anak-anak saudaraku.. terima kasih semua kerana bekerja keras dan bekerja lembut( he..hehehe istilah baru ni). walau apa pun aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang proses untuk membuat kenduri tu..terima kasih abang pai dan kak ana yang jadi tuan rumah.
terima kasih ibu mertua ku... penat jaga cucu, jaga menantu (bukan hantu).terima kasih .terima kasih sekali lagi...kesian kat tukang masak... tak jemu-jemu masak.. sampai hangit-hangit kacang hijau.
nasi kerabu pulak tu sedap, kalau ada kelapangan boleh buat lagi.. hehehe.
bersambung...
Saturday, November 21, 2009
aktiviti surau al ikhwan desa manjung raya
Friday, November 20, 2009
salam 2u
Cuti persekolahan telah bermula, semua pelajar ada rasa keseronokkanya. eh, bukan pelajar aje yang seronok guru-guru pun tumpang seronok sama. almaklumlah hari-hari berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak murid. kalau hak ok tu , tak ape juga, kalau hak ko tu mau sakit jiwa dibuatnya.
Apabila cuti sekolah bermula, agenda utamanya tentulah kenduri kahwin, tiap-tiap hujung minggu ade aje majlis perkahwinan. kekadang tu sampai lupa pulak tarikh kenduri tu. kad jemputan datang bertimpa-timpa, hak jauh, hak dekat, saudara sebelah abah, sebelah mak, sebelah mentua, pendek kata.. kenduri aje.
Rasa nak juga pergi bercuti, tapi tak tau pulak ke mana nak pegi, lagi pun musim hujan. Rasanya tak berapa seronok nak berjalan-jalan. Tadi kekawan ajak pegi minum teh di cameron highland, tapi maleh pulak rasanya.
esok cadang nak pegi dusun kawan kat bota. nak kait buah langsat...hahaha
Wednesday, November 18, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Periksa...Periksa.........Periksa
minggu ni anak sulungku menghadapi peperiksaan 4 thanawi, anak-anak didikku pula akan ambil spm semua yang bertemu ku minta doakan moga mereka berjaya. bagiku tak jumpa pun memang aku akan tetap berdoa sama ada untuk anakku sendiri dan begitu juga anak didikku yang telah cuba kuasuh kalian untuk berjaya. bagiku kejayaan itu bukan sahaja di dunia tetapi apa yang lebih penting kejayaan di akhirat yang kekal abdi.
bagiku bukan bermakna gagal spm itu akan menutup segala pintu kejayaan, tapi itu adalah sebahagian kecil sahaja. aku harap kalian akan menempa kejayaan yang lebih penting iaitu untuk mengadap ilahi.
Wednesday, November 11, 2009
kenduri di kajang
mula memang aku bercadang nak tidur di sungai besi, sebab aku dah berjanji nak bertemu kawan lama di kajang. aku dah call haji jefri, tapi dia ada hal malam tu, tapi tak kisahlah janji dapat jumpa norman pun kira okey.
seronok juga pergi kenduri ni, bukan kerana makan tetapi bertemu sahabat lama, terutama sahabat-sahabat emak. emak lama dah tak jumpa kekawannya. jadi aku cuba juga lapangkan masa walaupun sebenarnya aku memang banyak kerja yang disiapkan, almaklumlah sesi persekolahan dan nak berakhir.
aku pergi juga ke kajang, tapi terpaksa balik juga petang tu...rasa hampa juga.
tapi tak apelah jika ade umur panjang aku turun lagi ke kuala lumpur
pengurus besar
majlis persaraan sahabatku
antara menu utamanya laksa..sedap laksanya, tapi kalau kurang masin mungkin lebih sedap. kata sahar, sebab kedudukan hampir dengan pantai so masinle....
kebanyakan makanannya memang masin...naya lah kami hak gemuk-gemuk ni...
insyaallah lain kali gi tempat lain pulak kut, tapi kami ni ikut pengurus besar aje iaitu cik siti @#%$#$% (hebat orangnya)
Jangan mare cik siti #%$#$%
salam perpisahan buat sahabatku
semalam buat jamuan dekat damai laut resort, sempena majlis persaraan rakan lama saudara puzze dan kak arah.
tak jemput ramai pun, bukan formal tetapi kekawan rapat aje yang hadir.
selamat bersara sahabatku tapi ingatlah apabila kita telah melepasi tempoh waktu bekerja ini bermakna kita semakin mendekatkan diri kita ke alam barzah pula. oleh itu, dekatkan diri kita selalu dengan lindungan allah, rumah allah, rahmat allah. hanya rahmat allah sahaja yang mampu menjamin keselamatan kita di akhirat. amin.........
Tuesday, November 10, 2009
kenang silam
bila berbual dengan teman lama yang bertemu, kenangan masa lampau akan mengimbas kembali, lupa usia sudah tua, rambut hitam sudah jadi seperti kapas, gigi bagai pagar-pagar yang sudah reput tetiangnya...rasa macam zaman remaja dulu, nakal pulak tu.... kelas 2A, ketua kelas ng mooi cheng, pening dengan gelagat kami, mana taknya cikgu letak boon ti , dalam kelas tu . apalagi ramaile kaki buli memainkan peranan. aku salah seorang daripadanya....
musim durian datang lagi
aku ni teringin sangat nak berdusun, tapi sampai sekarang, tak dapat juga. puas gak mencarinya, tapi belum ade rezeki kut. insyaallah kalau ade rezeki aku ingin ade dusun, biar sikit pun jadilah. dusun ini akan mengembalikan nostalgia aku waktu kecik-kecik dulu...pagi-pagi dah kutip buah durian, kemudian gi panjat manggis, cari bacang, panjat langsat...ohhh best nya kenangan zaman lalu.
sekarang aku tumpang dusun cip aje le
salam 2uall
musim haji datang lagi, kenangan di tanah suci telah mencuit kembali perasaan ku, tambahan pula kedua-dua abangku kini sedang menunaikan rukun islam yang kelima. teringat aku kepada pak aji lalu pasah yang baik orangnya. banyak membantu aku di tanah suci.
Tapi kini aku hanya di malaysia seperti semua rakan yang lain. bukan di tanah suci. cuma hati aku aje yang berada di sana
bila agaknya aku kan ke sana lagi.
mungkin tahun hadapan agaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)