Tuesday, November 17, 2009

Periksa...Periksa.........Periksa


minggu ni anak sulungku menghadapi peperiksaan 4 thanawi, anak-anak didikku pula akan ambil spm semua yang bertemu ku minta doakan moga mereka berjaya. bagiku tak jumpa pun memang aku akan tetap berdoa sama ada untuk anakku sendiri dan begitu juga anak didikku yang telah cuba kuasuh kalian untuk berjaya. bagiku kejayaan itu bukan sahaja di dunia tetapi apa yang lebih penting kejayaan di akhirat yang kekal abdi.
bagiku bukan bermakna gagal spm itu akan menutup segala pintu kejayaan, tapi itu adalah sebahagian kecil sahaja. aku harap kalian akan menempa kejayaan yang lebih penting iaitu untuk mengadap ilahi.

1 comment:

  1. Bila pelajar mohon kita mendoakan mereka. Kita doakan biar pun mereka tidak memintanya. Kejayaan mereka kepuasan kita. Walaupun tiada ganjaran untuk kita di dunia bila mereka berjaya. Yang pasti kita ingin melihat anak didik kita berjaya dan lebih hebat dari kita yang tak seberapa ini.

    ReplyDelete