Monday, January 4, 2010

Reunion 2A SDI 1977






Salam 2Uall,
Bertempat di Kuala Trong pada 2 Januari 2010, telah tercipta satu sejarah , segala nostalgia 33 tahun lalu telah kembali semula bermain dibenak abang aji dan rakan-rakan. Selama 33 tahun kami terpisah dengan haluan masing-masing, namun pada tarikh 2 januari 2010, atas usaha abang aji dan rakan-rakan kami dapat kembali bertemu.
Rasa gembira, sedih dan terharu bermain dilubuk hati masing-masing, kalau 33 tahun lalu kita masih dalam usia remaja, tapi kini telah berubah baik dari segi usia, rupa paras, bentuk badan dan segala-galanya..alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat juga bertemu walaupun tak semua yang dapat datang.
Almaklumlah rancangan ini agak tergesa-gesa..Terima kasih atas kesudian dan susah payah sahabat ku Dr. Norman Kamaruddin mengharungi perjalanan yang jauh..hampir 280 km semata-mata untuk bertemu kembali bersama rakan-rakan sekelas. Aku terharu dengan komitmenmu.
Terima kasih kepada Ali, sanggup memohon cuti semata-mata untuk menyertai pertemuan ini, Terima kasih Azhar Man kerana dapat mencari tempat pertemuan ini yang memang tenang dan selesa dengan suasana alam semulajadinya
Maklong, Saerah dan Basrah terima kasih kerana sudi mengorban masa dan tenaga kalian semua. Zali tanpamu tak akan ada lah gambar aku yang handsome tu, dan tak lupa Pakeanathan yang sentiasa dalam ingatan ku.
Kepada rakan-rakan lain yang tak dapat menghadirkan diri, maaf kupinta kerana lambat memaklumkan kepada kalian semua tentang program ini.
Aku gembira pertemuan ini, tak dapat nak kuungkap dengan kata-kata...selain dengan gambar-gambar ini..

4 comments:

  1. terima kasih bang aji kerana usaha dan penat lelah kamu dapat kita semua bertemu kembali selepas lebih 30 tahun....harap kita akan terus menjalin kembali persahabatan dan menyambung semula tali silaturrahim yang telah terputus buat sekian lama...

    ReplyDelete
  2. abg aji terharu, terima kasih kepada keluarga yg sangat memahami erti persahabatan ini..tq

    ReplyDelete
  3. family aku sporting, org umah aku boleh tolong uruskan family day nanti, kalau jadik. dia ada pengalaman buat untuk maybank beberapa kali.

    ReplyDelete
  4. cantik le tu, moga rancangan kita ni berjaya dan meriah...moga dapat menggamit kenangan silam

    ReplyDelete