Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud
"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang GANJIL itu". (Hadis Muslim)
Semasa islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairanan itu cukup untuk islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda yang gila dengan seribu satu kecaman yang terakam dalam lembaran sirah..
Islam datang menongkah arus....
Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia, Biarpun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, namun manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan.
ZINA yang haram sudah menjadi kebiasaan, pernikahan yang halal pula telah menjadi kejanggalan.
ARAK yang menukar manusia menjadi binatang sudah diterima sebagai normal, manakala makanan dan minuman yang halal dianggap pelik dan menyusahkan...
RIBA yang mencengkam dan menindas kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan untuk berkembang maju...
Mereka ganjil bukan bermakna mereka SALAH. Namun mereka mereka menjadi asing dan ganjil kerena mereka adalah MINORITI. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.
Mereka inilah GHURABA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
masjid aku khutbah ttg pembaziran oleh umat islam di m'sia....perturun statistik dr suruhanjaya sisa pepejal....banyak jugaklah membazirnya org kita nih...
ReplyDelete