Friday, November 20, 2009

salam 2u


Cuti persekolahan telah bermula, semua pelajar ada rasa keseronokkanya. eh, bukan pelajar aje yang seronok guru-guru pun tumpang seronok sama. almaklumlah hari-hari berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak murid. kalau hak ok tu , tak ape juga, kalau hak ko tu mau sakit jiwa dibuatnya.
Apabila cuti sekolah bermula, agenda utamanya tentulah kenduri kahwin, tiap-tiap hujung minggu ade aje majlis perkahwinan. kekadang tu sampai lupa pulak tarikh kenduri tu. kad jemputan datang bertimpa-timpa, hak jauh, hak dekat, saudara sebelah abah, sebelah mak, sebelah mentua, pendek kata.. kenduri aje.
Rasa nak juga pergi bercuti, tapi tak tau pulak ke mana nak pegi, lagi pun musim hujan. Rasanya tak berapa seronok nak berjalan-jalan. Tadi kekawan ajak pegi minum teh di cameron highland, tapi maleh pulak rasanya.
esok cadang nak pegi dusun kawan kat bota. nak kait buah langsat...hahaha

2 comments: