Monday, December 14, 2009

aktiviti surau al ikhwan desa manjung raya





salam 2uall,
Alhamdulillah, tanpa diduga surau al ikhwan telah menerima tetamu dr jauh, syukur kita semua. Dengan izin allah tetamu ini sudi menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib, walaupun kehadiran tak ramai, tetapi kami tetap gembira dengan kehadiran beliau ini. Tetamu ini ialah Ustaz Mazlan Aliman (dr Johor). Beliau telah mendedahkan tentang kebimbangan beliau terhadap masalah yang amat berat melanda umat islam iaitu anak luar nikah.
Apakah akan jadi kalau masalah ini kita tidak atasi bersama, fikir-fikirkanlah.........

Kepada semua sahabat dan ahli kariyah Surau Al IKhwan Desa Manjung Raya yang ada kelapangan masa, silalah kita sama-sama memakmurkan surau ini. Moga kehadiran tuan-tuan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment