Sunday, December 13, 2009

Kenduri Oh Kenduri









salam 2uall,
Sempena cuti sekolah ni, aktivitiku tak banyak pun, hujung minggu asyik pergi kenduri sahaja. Kenduri rumah usof di sg batu, kenduri sharizan di pengkalan baharu pada hari yang sama, penuh perut dibuatnya.
Hari berikutnya 6.12.09 di rumah jiran emak di pantai remis, rumah pak harun. Kenduri ni dibuat secara gotong royong, alhamdulillah masih ada semangat gotong-royong di kampungku ini. Pada masa kini jarang masak secara gotong-royong, kebanyakannya telah menempah catering aje. Tuan rumah maleh nak bersusah payan untuk bergotong-royong ni.
12.12.09 ada lagi kenduri, aku ingat kenduri rumah liza, pegi-pegi rupanya belum kenduri lagi so kami terus ke pantai remis kenduri di rumah saudara Saufi Haji Mansor, dan Rumah Cikgu Nuraini di Tanjung Ara.
13.12.09 pergi lagi kenduri rumah Cikgu Sarina di Dato' Seri Haji Kamaruddin, lepas tu terus ke Sitiawan iaitu rumah Liza..Haaa..hari ni baru la betul. Sori le Liza, saya malu nak munculkan diri, sebab semalam dah terpergi ke rumah cik puan liza..hehehe...ini semua salah cikgu ct eryani tu le. Dia bagi info yang salah..saya main bedal aje...apa pun terima kasih kepada tuan rumah kerana memberi jamuan makan yang sedap-sedap..

No comments:

Post a Comment